Saturday, November 7, 2009

Lirik-lirik lagu

Setiap masa kalau boleh telinga kita nak mendengar lagu, bibir pun seiring menyanyi lagu yang sedang berdendang samada dari radio, handfon mahupun mp3. Apa yang kita dengar sebenarnya? Lagu atau sekadar penyedap kepada halwa telinga kita je?
Bagiku sesebuah lagu tu ada mesej tersendiri yang hendak disampaikan oleh penggubah lagu dan penulis liriknya. Tapi sejauh mana kita memahami setiap baris kata lirik-lirik lagu tu? Atau sekadar menghilangkan bosan yang melanda diri? Era modenisasi sekarang ni pelbagai genre muzik yang ada, hip hop, jazz, indi, balada, pop rock, dangdut, irama Malaysia,ini je la yang saya tau pun....
Tapi sejauh mana pula penerimaan muzik barat di negara kita ni? Sangat dahsyatkan pengaruhnya...m...nampaknya kita begitu mengagung-agungkan muzik dari sana. Seringkali remaja pada masa kini terikut-ikut dengan budaya dari sana. Semuanya berpunca salah dalam berhibur, kerana terlalu sanjung budaya dari sana sehingga adat timur yang sekian lama dipertahankan ditinggalkan dengan tidak rasa bersalah. Sehingga terdapat lirik-lirik lagu melayu dicampur dengan bahasa inggeris. Rojak la katanya. Entah dunia sekarang...macam-macam semua hal nak 2 dalam 1, 3 dalam 1. Cukup la kita dalam keadaan bersederhana dalam segala hal. Begitu juga dengan berhibur, bersederhanalah...ianya dituntut dalam Islam. Bukan macam tu?
Di sini saya nak berkongsi dengan semua tentang beberapa lirik lagu dari penyanyi tanah air kita yang tidak kurang hebatnya, yang saya rasakan agak menarik untuk kita telusuri akan makna tersiratnya.

Gerimis
Far East
Tika terkuak jendela hari
Fajar belum pun menyisih lagi
Tercari-cari kemana pergi
Dia yang pernah menemani disisi

Kuharap sinar menerang kabus
Agar terang lorong perjalananku
Kusangka cerah siangku hari ini
Mendung pula menutupi

Gerimis ini terlalu pagi
Menghantar sayu pilu dihati
Gerimis ini bagai mengerti
Dikau yang pergi takkan kembali

Menyekat gerimis gerimis yang gugur dipipi
Terimbau kenangan yang pernah terlukis
Dalam gerimis yang bagaikan mengerti
Jasadmu diusung pergi

Kupujuk diriku tidak menyesali
Pemergianmu tertulis di azali
Namun hati ini sukarku bohongi
Kehilanganmu tak berganti

Gerimis tiba dihujungnya
Sampai waktu kan berhenti jua
Begitulah kehidupan kita didunia
Tiada siapa yang kekal selamanya
Entah bila waktu ku akan tiba
Far East
CINTA PERTAMA
Mekar di kamar hati cinta pertama
En
gkau ciptaan seni idaman kasih
Antara bibir tersiratnya pekerti
Kelembutan yang mendamaikan jiwa

Bermula kau di sini penentu bicara
Kalam kebenaran tiada berdusta
Dirimu berharga dari segala-galannya
Bertakhta keimanan untuk dipertahankan

Hadirlah cinta cinta pertama
Hadirlah cinta cinta utama
Sayangi diri ini cinta cinta pertama
Hati ini cinta cinta pertama

Tiada sia-sia menyintai diri
Sempurna sejahtara

No comments:

Post a Comment