Baru-baru ni di aras blok kediaman saya, kedengaran suara orang menjerit. Sudah pasti histeria. Mungkin kerana terlalu tertekan dengan pepriksaan. Atau pun mungkin dimasuki makhluk halus...Wallahualam...ana tidak tahu..
Yang pasti suara menjerit itu sangat kuat sehingga menggangu pelajar lain yang hendak belajar. Yang takut pun ada juga...
Nauzubillahhiminzalik.... semoga perkara seperti ini tidak berlajutan ke hari berikut dan seterusnya..Dan tidak berlaku kepada diri kita. Bnayak-banyaklah kita berdoa.
Berbanyaklah kita berzikir dan ingat Allah...
Di sini saya nak berkongsikan suatu perkara yang mana mungikin kita sudah mengetahuinya...
Eloklah anda semua baca dahulu.
Yang baik itu sari Allah swt. dan yang buruk itu dari diri saya hamba yang hina...
BACAAN ASAS 10 PERTAMA....
Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesembuhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat binatang bisa juga racun.
Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.
Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka berkata:
“Kami diberitahu bahawa saudara datang dengan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.
Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.

Saya tidak dapat nak meletakkan 10 bacaan ayat yang pertama itu disebabkan ayat al-Quran tidak kelihatan di blog ini, oleh itu anda semua bolehlah melayari laman web www.darussyifa.org/ untuk keterangan lanjut. Terdapat juga rangkaian zikir-zikir yang boleh kita amalkan...
No comments:
Post a Comment