Wednesday, January 4, 2012

PANDUAN MENYUSUN SIJIL TEMU DUGA SPP

PERSEDIAAN DOKUMEN


1. Dokumen ASAL


Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah:

Kad Pengenalan
Sijil Kelahiran
Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan)

Ijazah sarjana muda asal (jika ada) 

Transkrip sarjana muda asal.
Diploma asal (jika ada)
Transkrip diploma asal (jika ada)
Sijil STPM asal (jika ada)
Sijil SPM asal
Sijil Berhenti Sekolah
Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Universiti hingga ke Sekolah )
Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.

(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari.

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga. Jangan bila dah sampai ke pusat temuduga baru tercari-cari dan cuba menyusun. Kebanyakan penemuduga agak sensitif tentang susunan ini. Kalau calon menyusun mengikut keterangan di atas, sudah pasti calon dapat menambat hati penemuduga memandangkan dokumen ini perlu diserahkan kepada penemuduga SEBELUM sesi temuduga bermula. Mesti ingat selalu bahawa "First Impression Counts".

Dan jangan lupa, dokumen-dokumen lain yang tak berkaitan eloklah disimpan ke dalam beg anda. Folder ini biar nampak yang spesifik untuk temuduga ini.

Tapi seperti biasalah ada calon yang guna folder. Dalam folder macam tong sampah .. Bila penemuduga cuba meneliti dokumen asal, sibuklah calon nak tunjuk yang itu.. yang ini. Calon seperti ini biasanya bolehlah memohon semula tahun depan. Penemuduga sebenarnya menilai kualiti seseorang calon dari folder dokumen asalnya. Folder itu merupakan "portfolio" calon. Kalau nak jadi guru, jika nak simpan dokumen 20 helai pun sudah kelam kabut, macam mana nak simpan beratus ... beribu dokumen pelajar. Ingat.. ini satu penilaian diri yang penting.

Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. Penemuduga biasanya tak mahu mendengar alasan sijil tertinggal di KL, baru sampai semalam ... sijil dihanyutkan banjir tahun 1991 dulu... sijil SPM (1993) masih di sekolah lama . . dsb.

Jika pada hari ini, ada dokumen asal anda yang hilang atau rosak dapatkan yang baru. Sijil Lahir boleh dapat baru dari Pejabat Pendaftaran. Jangan bawa sijil lahir yang dah berlipat-lipat dan sukar dibaca. Jika dokumen asal hilang pastikan ada laporan ke pihak-pihak berkenaan serta bukti surat asal. Kad pengenalan yang hilang boleh dibuat baru. Kalau gambar pada kad pengenalan semasa anda darjah enam dulu, pastikan pergi pejabat pendaftaran dan buat baru. Haa... barulah nampak calon pendidikan guru yang berpotensi dan berwatakkan guru.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Jangan terima dari kedai fotostat jika dokumen salinan itu tidak jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Wahhh ada pula calon yang sehingga buat binding semua salinan fotostat. Tak perlu dibinding! Anda akan membazirkan wang sahaja jika buat binding sebab kebanyakan calon yang buat binding salinan sijil mereka susunannya tidak sama seperti diarahkan. Biasanya, sampai sahaja ke pusat temuduga, penemuduga akan suruh tanggalkan dan susun semula. Jadi dalam kursus ini, saya sekalai lagi berpesan - Susun ikut sepertimana disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :

1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.
2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll
3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri
4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.
5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Borang ini hanya 1 muka surat. Saya ulang, 1 muka surat, tetapi apa dah jadi kepada ramai calon-calon yang datang temuduga. Maklumat yang sebanyak ini pun tak sanggup dilengkapkan dengan sempurna. Di bawah ini saya senaraikan penemuan saya selama menemuduga KPLI selama 8 tahun sejak dilaksanakan:

1. Tulisan yang sukar dibaca, comot dan penuh dengan"liquid paper"

2. Tidak melengkapkan semua butiran yang diminta. Bila ditanya, ohhh... baru nak cakap terlupa konon dan sebagainya... . Kalau penemuduga pun buat ohhh.. terlupa nak bagi markah macam mana ?

3. Gambar.. hahh ni lagi best. Ruang gambar tu kecil. Bukan saiz passport tetapi saiz gambar lesen memandu. Kalau gambar anda besar, potong bahagian muka sahaja dan tampalkan. Kedua, gambar mesti terkini. Ya, terkini. Tetapi ada calon yang tanggalkan gambar dari kad pusat sumber masa tingkatan 5 dan tampalkan. Bayangkan ada cop pusat sumber sekolah pulak tu. Ketiga.. kalau calon lelaki, gambar tu biarlah mencerminkan seorang calon yang berwajah guru. Bergambarlah dengan pakai tali leher, dan lebih baik kalau pakai blazer. Kat kedai gambar tu.. ada banyak blazer untuk bergaya. Namun,,, ramai yang tampal gambar mereka yang pakai tee shirt hard rock cafe lah, yang ada gambar kumpulan rocklah. Kalau gambar macam tu mintalah jadi pelayan disko. jangan minta jadi cikgu.

4. Tandatangan ... Ada calon tu dah serah borang kepada penemuduga baru sedar belum ditandatangan.

4. Kesimpulan ...

Cuba anda renong sejenak. Katakanlah minggu depan anda akan menghadiri temuduga. Bagaimana agaknya persediaan dokumen-dokumen anda ? Saya berharap, calon-calon yang sudah mengikuti kursus bimbingan ini akan mengalahkan semua calon lain dari segi "kualiti diri calon" berasaskan kepada persediaan dokumen dan borang-borang.

Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip

Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali) 


(DI AMBIL DARI BLOG,  http://fadzilmahasiswa.blogspot.com )

BIMBINGAN KERJAYA GURU rahsia lulus temu duga posting...

Bismillah..

Alhamdulillah buku yang ditempah sudah berada di tangan saya. Terima kasih kepada sahabatku saudara Zahilal Zahari atas buku yang kamu poskan. Diharapkan dengan buku ini, dapatlah kita sama-sama berkongsi ilmu untuk persiapan temu duga nanti. Insyaallah..kita akan posting nanti. Berita gembira memberitahu kita yang kita bakal ditemuduga mulai bulan ini dan akan dipostingkan pada bulan Mac. Biarlah berita ini benar. Dan marilah sama-sama kita membuat persediaan untuk temu duga nanti.

Buku yang saya maksudkan tadi adalah buku yang dikeluarkan oleh UPSI iaitu dari pensyarah saya iaitu En. Mohd Noor Idris iaitu pensyarah Bimbingan Kaunseling dan Penasihatan suatu ketika belajar di UPSI dahulu, dan pada subjek inilah saya mendapat A. Terima kasih En. Mohd Noor Idris...

BUKU BIMBINGAN KERJAYA GURU, Rahsia Lulus Temuduga Posting, meliputi pelbagai aspek kemahiran temu duga dan isu-isu penting pendidikan. Selepas memahami semua bab dalam buku ini pembaca dapat menguasai kemahiran temu duga posting yang dapat membantu memberikan keyakinan motivasi dan persediaan diri individu menghadapi temu duga posting. Insyaallah..


Mari kita berkenalan serba sedikit penulis buku ini..
Beliau adalah pensyarah di Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, UPSI. Mempunyai kepakaran dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling, Bimbingan Kerjaya dan Kaunseling Remaja. Beliau juga berpengalaman luas mengendalikan bengkel-bengkel motivasi dan latihan kepada agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun, universiti-universiti, sekolah-sekolah dan persatuan-persatuan belia.

Terima kasih sekali lagi...Buku ini sedikit sebanyak membantu saya dan rakan-rakan untuk membuat persiapan dan persediaan untuk menghadapi temu duga nanti.

TERIMA KASIH...

sabar itu cantik...


MENARIK UNTUK DIKONGSI....

Hari-hari berjalan seperti biasa. Yang berbezanya cuma iman yang kadang-kadangnya naik dan kadang-kadangnya turun. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, aku melangkah menuju ke kelas. Sepertinya, rakan-rakan sebilikku yang lain masih sibuk mengemaskan diri. Ketika dalam perjalanan, aku terlihat seorang pelajar yang berkopiah, berselendang menutupi leher dan bahunya, berbaju kemeja yang tidak di selitkan ke dalam seluar slack yang disarungnya. Beliau sedang rancak berkomunikasi dengan sepasang kekasih di deret kaki lima. Pada pagi yang hening ini, memang tidak ramai pelajar yang lalu lalang.

Bukannya mereka sengaja lambat ke kelas, tetapi aku memang suka pergi awal.
Aku terdengar perbualan mereka dari jauh. Si lelaki dari pasangan tersebut bersuara, “Kau tak payah nak ceramah kitorang la. Banyak lagi ‘couple’ di kampus ini. Kenapa kitorang juga yang kau ‘aim’?”
Pelajar berkopiah itu menjawab, “Maafkanku. Aku lihat kamu berdua berpegangan tangan. Aku wajib menegur! Tidak kira siapa. Jika pasangan lain yang bukan mahram selain kalian yang aku nampak. Aku juga wajib menegur. Jika tidak aku berdosa!”

Lelaki itu mengambil kopiah yang dipakai oleh pelajar tersebut lalu mencampakannya ke lantai lantas berkata dengan muka merah padam,”Sudahlah! Jangan ingat dengan kopiah ni kau boleh tegur orang sesuka hati. Cerminlah diri sikit. Kau ingat kau bagus ke?! Blah la!”
Pelajar itu mengambil semula kopiahnya dengan sopan. Membersihkan kopiah tersebut dari habuk-habuk lantai lalu menyarungkan ke kepalanya semula seraya berkata, “Ya, aku memang tidak bagus. Aku pun bukannya yang paling baik di kampus ini. Sebab itulah aku menegur kalian supaya aku dapat jadi baik di mata Allah.”

Lelaki itu masih tidak dapat menahan nafsu amarahnya lalu meludah muka pelajar berkopiah tersebut lalu beredar dengan lajunya. MasyaAllah! Aku sangat terkejut dengan kejadian itu. Bukan kerana perbuatan lelaki tersebut yang biadab tetapi kesabaran pelajar berkopiah itu. Aku mengampirinya yang sedang membasuh muka.

 

“Assalamualaikum,” aku menyapa.
“Waalaikumussalam,” dia menjawab.
“Aku baru terlihat kejadian tadi. Mengapa kau tidak membalas perbuatan dia. Biadap sungguh lelaki itu!” Aku mulakan muqadimah.
“Tidak mengapalah. Aku sudah terbiasa dengan perkara sebegini. Tetapi rasanya ini lebih teruk kot. Aku memang rasa nak naik tangan ni. Tetapi tidak mengapalah. Hehe!” Jawab dia tersenyum.

Masih mampu dia tersenyum, walhal kejadian tadi baru sahaja berlaku beberapa minit yang lepas. Mentaliti kebanyakan manusia tidak mampu tersenyum dengan kejadian yang memalukan diri walaupun untuk sebulan lamanya. Aku berkata, “Kau masih suka-suka lagi walaupun muka kau baru sahaja diludah? Pelik sungguh.”
“Aku tidak mahu fikirkan sangat soal kejadian tadi. Mungkin ini adalah ujian buat diriku apabila mahu berdakwah. Allah mahu menguji imanku sesuai dalam maksud firmannya dalam surah Al-Ankabut ayat ke-2 yang berbunyi ‘Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan berkata ‘Aku beriman!’ sedangkan mereka tidak diuji?’” Dia berkata sambil menyelitkan firman Allah S.W.T.
“Tetapi, bukankah kesabaran itu ada batasnya? Kita tidak boleh sentiasa bersabar sehingga orang memijak kita,” aku membalas.
“Oh, begitu pandangan kau. Tetapi aku lebih suka bersabar selagi mampu. Entahlah. Aku rasa susah mahu marah kepada orang yang mencemuh atau menghinaku. Tetapi percayalah kepadaku, kita bersabar orang semakin suka dengan kita, bukan semakin memijak kita,” kata pelajar berkopiah itu sambil menepuk bahuku.
“Eh, macam itu pula. How come?” Aku terpinga-pinga dengan kenyataan yang dikeluarkan olehnya.
“Kau kena yakin dengan ayat Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 153 yang bermaksud, ‘Wahai orang-orang yang beriman, mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang sabar.’ Kau kena yakin dengan ayat ini. Bukankah, beriman kepada kitab itu salah satu dari rukun iman?” katanya lagi sambil tersenyum.

Aku terkesima dengan hujahnya yang sentiasa ada nas-nas daripada Al-Quran. Aku berkata, “Ya, kau benar. Allah bersama dengan orang yang sabar, dengan itu Allah akan melembutkan hati orang yang cuba memijak kita. Kadang-kadang aku berasa susah untuk menahan kesabaran. Lebih-lebih lagi jika pasal kejadian tadi. Walaupun aku tidak berada di tempat kau, aku rasa mahu mengajar lelaki tersebut.”
“Cubalah jadikan cemuhan atau hinaan itu sebagai usaha untuk menyucikan jiwa kau.”
“Menyucikan jiwa? Bagaimana itu?”
Husnu Zhan. Positive thingking. Bersangka baik. Jika orang lain cuba mengkrtik pandangan kau, ambillah ia sebagai alat untuk memperbaikkan lagi pandangan kau. Jika ada orang mengata buruk pasal sikap kau, jadikanlah ia sesuatu untuk mengubah sikap kau jadi lebih baik. Jika orang mencemuh atau menghina atau meludah kau, katakanlah pada hati kau bahawa ini semua ujian daripada Allah. Bersangka baiklah terhadap-Nya. Ada satu hadith qudsi yang berbunyi, ‘Allah berfirman: Aku adalah berdasarkan sangkaan hambaKu terhadapKu dan Aku bersama mereka apabila mereka mengingatiku (HR Muslim)’”
“Jadi, dengan cara itulah kau dapat membina kesabaran kau. Tidakku sangka, masih ada orang seperti kau. Hebat! Aku kagum! Pasti banyak ujian-ujian berat yang kau hadapi, bukan?”
“Eh, tidaklah. Biasa-biasa sahaja. Janganlah memuji aku berlebihan. Dalam surah al-Baqarah ayat 286 yang bermaksud, ‘Allah tidak akan membebani seseorang sesuai dengan kesanggupannya.’ Jadi setiap orang mengalami ujian yang berbeza-beza bergantung kepada tahap iman masing-masing,” jawab dia dengan tawadhuk.
“Oh, aku sudah faham. Terima kasih untuk tazkirah kau walaupun singkat tetapi sungguh bermakna. Dari ujian terbinanya kesabaran. Dari kesabaran terbinanya iman,” aku berkata sambil tersenyum ke arahnya.
“Benar, saudaraku. Apabila kesabaran kau sampai di suatu tahap, kau akan sentiasa tersenyum tatkala orang lain mencemuh, marah dan menghina kau. Saat itu dapatlah kau rasa kemanisan iman dari kesabaran. Sabar itu cantik, bukan?”

 
*******
Wallahua’alam~
Artikel ini ditulis oleh saudara Khalifah Prince.

Tuesday, January 3, 2012

Persediaan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 2012


1.    Calon dikehendaki memberikan maklumat latar belakang peribadi.

Calon perlu;
a.    menyatakan nama, tarikh/tempat lahir, umur, agama, bangsa, status perkahwinan.
b.    menyatakan nama, umur, dan pekerjaan ayah dan ibu. (tarikh lahir dan no. telefon ayah dan ibu, jika perlu)
c.    menyatakan bilangan adik beradik (contoh, mempunyai tiga orang adik beradik termasuk calon.), status calon dalam keluarga. (contoh, calon merupakan anak bongsu daripada tiga orang adik beradik. Calon tidak mempunyai abang, sebaliknya mempunyai dua orang kakak.)
d.    menyatakan nama, umur, dan pekerjaan adik beradik calon. (tarikh lahir dan no. telefon adik beradik, jika perlu)
e.    menyatakan nama sekolah/universiti dan kronologi pendidikan calon.
f.    menyatakan pencapaian akademik tertinggi. (Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia, ijazah sarjana muda, dan maklumat dalam transkrip akademik)
g.    menyatakan major dan minor calon.

Sekiranya calon dikehendaki memberikan maklumat sekolah/universiti, calon perlu mengetahui tentang;
a.    latar belakang geografi sekolah, sejarah sekolah (rendah/menengah), nama guru besar/pengetua dan penolong-penolong kanan semasa calon bersekolah dan terkini, moto sekolah, visi dan misi sekolah, lagu sekolah, (nama guru semasa calon bersekolah, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini sekolah, sumbangan calon kepada sekolah, dan pengalaman lain.
b.    latar belakang geografi universiti, sejarah universiti, nama naib cancelor, timbalan naib cancelor, dekan, dan timbalan dekan semasa calon menuntut dan terkini, moto universiti, visi dan misi universiti, lagu universiti, visi dan misi pusat pengajian, kelebihan/keistimewaan universiti, (nama pensyarah-pensyarah semasa calon menuntut, jika perlu), perkembangan/pencapaian terkini universiti, sumbangan calon kepada universiti, dan pengalaman lain.)

Sekiranya perlu, calon juga harus menyatakan hobi/aktiviti, (sekurang-kurangnya 5 aktiviti dan 5 hobi) dan bakat/kebolehan calon. (sekurang-kurangnya 5)


2.    Calon dikehendaki menyatakan ikon/inspirasi.

Calon perlu;
a.    menyatakan sekurang-kurangnya 5 orang ikon/inspirasi calon
b.    menyatakan sebab calon memilih ikon-ikon tersebut.


3.    Calon dikehendaki memberikan maklumat tempat tinggal calon.

Calon perlu;
a.    menyatakan nama tempat tinggal dan alamat calon.
b.    menyatakan latar belakang geografi tempat tinggal.
c.    menyatakan nama ketua kampung/pengerusi jawatankuasa kampung. (jika ada)
d.    menyatakan demografi penduduk.
e.    menyatakan latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi di kawasan tempat tinggal.
f.    menyatakan keunikan/kelebihan kawasan tempat tinggal.


4.    Calon dikehendaki memberikan maklumat negeri kelahiran.

Calon perlu;
a.    mengetahui sejarah negeri/penubuhan negeri kelahiran. (secara ringkas dan padat)
b.    mengetahui profil am negara, seperti;
i.    bendera negeri.
ii.    bunga rasmi.
iii.    demografi penduduk.
iv.    maklumat geografi.
v.    jata negeri.
vi.    lagu negeri.
c.    mengetahui serba sedikit tentang biografi sultan/yang dipertuan negeri bagi negeri masing-masing.
d.    mengetahui serba sedikit tentang biografi menteri besar/ketua menteri dan timbalan menteri besar/ketua menteri bagi negeri masing-masing.
e.    mengetahui latar belakang dan perkembangan sosial/ekonomi negeri masing-masing.
f.    menyatakan keunikan/kelebihan negeri.


5.    Calon dikehendaki menyatakan pengalaman latihan mengajar.

Calon perlu;
a.    mengetahui latar belakang geografi sekolah.
b.    mengetahui sejarah sekolah.
c.    mengetahui nama pengetua dan penolong-penolong kanan.
d.    mengetahui moto sekolah.
e.    mengetahui visi dan misi sekolah.
f.    mengetahui lagu sekolah.
g.    mengetahui nama guru-guru di sekolah tersebut. (jika perlu).
h.    mengetahui nama pensyarah/guru pembimbing.
i.    mengetahui perkembangan/pencapaian terkini sekolah.
j.    menyatakan teknik-teknik pengajaran yang selalu digunakan semasa mengajar.
k.    menyatakan set induksi/teknik pengajaran yang terbaik yang pernah digunakan semasa mengajar. (jika perlu)
l.    menyatakan sumbangan calon kepada sekolah.
m.    menyatakan demografi murid.
n.    menyatakan pengalaman lain.


6.    Soalan yang berkaitan dengan keperluan dan prospek calon dalam dunia pekerjaan yang diceburi.

Calon perlu;
a.    mengetahui tujuan untuk datang ke sesi temuduga.
b.    mengetahui sebab memilih jawatan pegawai perkhidmatan pendidikan.
c.    mengetahui alasan memilih Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai saluran untuk menjadi pegawai perkhidmatan pendidikan.
a.    mengetahui objektif dan matlamat calon dalam dunia pendidikan.
b.    merancang perubahan positif yang akan dilakukan dalam dunia pekerjaan yang diceburi.
c.    melakukan perancangan lima tahun awal sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
d.    mengetahui kekuatan/kelebihan sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan.
e.    mengetahui kekurangan.
f.    mengetahui fungsi/peranan calon sebagai pegawai perkhidmatan pendidikan terhadap semua peringkat.
g.    mengetahui cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam dunia pendidikan beserta penyelesaian.
h.    menyatakan kesanggupan untuk dihantar ke mana-mana sekolah/daerah/negeri dan kenyataan sokongan.


7.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

Calon perlu;
a.    menyelidik nama dan maklumat panel temu duga masing-masing.
b.    mengetahui kronologi ringkas Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
c.    mengetahui visi, misi, dan objektif Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
d.    mengetahui tugas/peranan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
e.    mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika.
f.    mengetahui carta organisasi - setiausaha dan timbalan setiausaha.
g.    mengetahui piagam pelanggan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
h.    mengetahui anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran - pengerusi dan timbalan pengerusi.
i.    mengetahui fungsi bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
j.    mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.
k.    mengetahui nama setiausaha bahagian pengambilan guru Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran cawangan Sabah/Sarawak. (untuk calon Sabah/Sarawak)


8.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Jabatan Perkhidmatan Awam.

Calon perlu;
a.    mengetahui kronologi ringkas Jabatan Perkhidmatan Awam.
b.    mengetahui visi, misi, dan objektif Jabatan Perkhidmatan Awam.
c.    mengetahui tugas/peranan Jabatan Perkhidmatan Awam.
d.    mengetahui dasar kualiti, slogan Q, dan kod etika/nilai-nilai teras.
e.    mengetahui ketua pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam.
f.    mengetahui piagam pelanggan Jabatan Perkhidmatan Awam.


9.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Kementerian Pelajaran Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.
b.    mengetahui nama dan biografi ringkas menteri pelajaran Malaysia, timbalan menteri 1, timbalan menteri 2, ketua setiausaha, ketua pengarah pelajaran Malaysia.
c.    mengetahui nama timbalan ketua setiausaha (pembangunan) dan timbalan ketua setiausaha. (pengurusan), timbalan-timbalan ketua pengarah pelajaran Malaysia.
d.    mengetahui lima orang bekas menteri pelajaran Malaysia. (mengikut kronologi)
e.    mengetahui badan berkanun di Kementerian Pelajaran Malaysia.
f.    mengetahui piagam pelanggan Kementerian Pelajaran Malaysia.


10.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran negeri.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, dan objektif jabatan pelajaran negeri.
b.    mengetahui nama dan biografi ringkas ketua pengarah pelajaran negeri.
c.    mengetahui jumlah sektor, jabatan pelajaran daerah, dan bahagian-bahagian bagi negeri calon.
d.    mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran negeri.


11.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang jabatan pelajaran daerah.

Calon perlu;
a.    mengetahui visi, misi, objektif dan fungsi jabatan pelajaran daerah.
b.    mengetahui nama pegawai pelajaran daerah dan timbalan pegawai pelajaran daerah.
c.    mengetahui piagam pelanggan jabatan pelajaran daerah.


12.    Soalan yang berkaitan dengan latar belakang Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui kronologi ringkas Malaysia. (sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia)
b.    mengetahui konsep kenegaraan Malaysia, yang melibatkan;
i.    konsep negara Malaysia.
ii.    sistem kerajaan Malaysia.
iii.    bentuk negara Malaysia.
c.    mengetahui perlembagaan Malaysia, yang melibatkan;
i.    penggubalan perlembagaan persekutuan Malaysia.
ii.    konsep kertertinggian perlembagaan.
iii.    ciri-ciri kerajaan Malaysia yang digariskan dalam perlembagaan Malaysia.
d.    mengetahui sistem pentadbiran Malaysia.
i.    Yang di-Pertuan Agong.
ii.    majlis raja-raja.
iii.    kabinet.
iv.    jabatan perdana menteri dan agensi-agensi pusat.
v.    kementerian dan jabatan.
vi.    perbadanan awam di Malaysia.
e.    mengetahui sistem perundangan Malaysia.
i.    pilihan raya Malaysia.
f.    mengetahui profil am negara, seperti;
i.    agama rasmi.
ii.    bahasa kebangsaan.
iii.    bendera Malaysia.
iv.    bunga kebangsaan.
v.    demografi penduduk.
vi.    maklumat geografi.
vii.    jata negara.
viii.    lagu kebangsaan.
ix.    mata wang.
x.    rukun negara.
xi.    hari kemerdekaan dan hari penubuhan Malaysia.
g.    mengenali ikon negara yang mencipta nama di peringkat antarabangsa. (sekurang-kurangnya 5 orang)
h.    mengetahui dasar-dasar ekonomi negara. (contoh: dasar ekonomi baru, dasar pembangunan nasional, dasar wawasan negara, dasar pertanian negara, dasar induk perindustrian negara, dasar perindustrian berat Malaysia, dasar penswastaan, dasar persyarikatan Malaysia, dasar sogoshosha, dasar peningkatan daya pengeluaran negara, dasar belilah barang buatan Malaysia, koridor raya multimedia, dasar urbanisasi negara, dan dasar kawalan modal terpilih)
i.    mengetahui dasar sosial dan pertadbiran negara. (contoh: dasar sosial negara, dasar pendidikan kebangsaan, dasar perpaduan negara, dasar wanita negara, dasar pandang ke timur, penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran, kepimpinan melalui teladan, Bersih, Cekap dan Amanah, Islam Hadhari, dasar pembaharuan dan peningkatan produktiviti dan kualiti dalam perkhidmatan awam dan perspektif wawasan 2020)
j.    mengetahui hari kelepasan am (persekutuan dan negeri)


13.    Soalan yang berkaitan dengan pendidikan di Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui falsafah pendidikan negara.
b.    mengetahui falsafah pendidikan kebangsaan.
c.    mengetahui falsafah pendidikan guru.
d.    mengetahui kronologi ringkas pendidikan di Malaysia.
e.    mengetahui sistem pendidikan kebangsaan, yang melibatkan;
i.    pendidikan prasekolah.
ii.    pendidikan rendah.
iii.    dasar pendidikan wajib.
iv.    program memperkasakan sekolah kebangsaan.
v.    program rancangan integrasi murid untuk perpaduan.
vi.    sekolah wawasan.
vii.    sekolah bestari.
viii.    sekolah kluster.
ix.    pendidikan peringkat menengah.
x.    peringkat menengah rendah.
xi.    peringkat menengah atas.
xii.    pendidikan peringkat teknik dan vokasional.
xiii.    sekolah menengah kebangsaan agama.
xiv.    sekolah agama bantuan kerajaan.
xv.    sekolah sukan Malaysia.
xvi.    sekolah seni Malaysia.
xvii.    tingkatan enam.
xviii.    kurikulum.
xix.    kurikulum pendidikan prasekolah.
xx.    kurikulum pendidikan rendah.
xxi.    program j-Qaf.
xxii.    program kelas intervensi awal membaca dan menulis.
xxiii.    kurikulum pendidikan menengah.
xxiv.    pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
xxv.    pendidikan sivik dan kewarganegaraan.
xxvi.    kokurikulum.
xxvii.    penerapan semangat patriotisme.
xxviii.    sistem penilaian dan peperiksaan awam.
xxix.    pendidikan swasta.
f.    mengetahui program bantuan dan sokongan pendidikan, yang melibatkan;
i.    skim pinjaman buku teks.
ii.    kumpulan wang amanah pelajar miskin.
iii.    skim bantuan tuisyen.
iv.    rancangan makanan tambahan.
v.    program susu sekolah.
vi.    program 3K. (keselamatan, kesihatan dan keceriaan)
vii.    program bersepadu sekolah sihat.
viii.    program sekolah selamat.
ix.    program biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia.
x.    program bimbingan dan kaunseling.
xi.    program kesediaan sekolah menghadapi bencana alam.
xii.    program asrama sekolah.
xiii.    program bantuan kepada murid pendidikan khas.
xiv.    program bahan bacaan kepada sekolah di pedalaman.
xv.    program nilam.
xvi.    pusat sumber sekolah.
xvii.    program  teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
xviii.    program TV pendidikan.
g.    mengetahui hal-hal lain yang berkaitan dengan pendidikan seperti;
i.    konsep pendidikan, sekolah, guru, dan murid.
ii.    insentif untuk guru.
iii.    kebajikan guru.
iv.    kuaters institusi pendidikan.
v.    elaun khas pedalaman.
vi.    guru cemerlang.
vii.    anugerah guru inovatif.
viii.    hari guru.
ix.    sekolah kebangsaan.
x.    persatuan ibu bapa dan guru
xi.    sistem analisis peperiksaan sekolah.


14.    Soalan yang berkaitan dengan isu, dasar, dan konsep pendidikan di Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.
b.    mengetahui dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris.
c.    mengetahui dasar 1Murid 1Sukan.
d.    mengetahui Rancangan Malaysia ke-10 - pendidikan.
e.    mengetahui Bidang Keberhasilan Utama Negara - pendidikan.
f.    mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam - pendidikan.
g.    mengetahui kurikulum standard sekolah rendah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah)
h.    mengetahui kurikulum standard sekolah menengah. (menggantikan kurikulum bersepadu sekolah menengah)
i.    mengetahui program pembangunan pendidikan 2001 - 2010.
j.    mengetahui konsep pendidikan sepanjang hayat.
k.    mengetahui konsep pendidikan untuk semua.
l.    mengetahui konsep Standard Guru Malaysia.
m.    mengetahui konsep Tonggak 12.
n.    mengetahui konsep merentas kurikulum.
o.    mengetahui konsep teknologi komunikasi maklumat dalam pendidikan.
p.    mengetahui konsep pelan strategik pengajian tinggi negara.
q.    mengetahui isu-isu seperti;
i.    pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii.    pendidikan seks di Malaysia.
iii.    pemansuhan pengajaran dan pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris.
iv.    pemansuhan mata pelajaran vokasional di sekolah menengah harian.
v.    proses transformasi pengajian teknik dan vokasional. (Program Asas Vokasional)
vi.    kesilapan buku teks bahasa Inggeris.
vii.    novel Interlok.
viii.    salah laku dalam kalangan guru.
ix.    guru - penakluk emosi.
x.    guru - role model/inspirasi murid.
xi.    masalah disiplin dalam kalangan murid.


15.    Soalan yang berkaitan dengan isu-isu semasa dalam/luar negara dan dasar-dasar baru Malaysia.

Calon perlu;
a.    mengetahui dasar 1Malaysia.
b.    mengetahui Program Transformasi Kerajaan.
c.    mengetahu Bidang Keberhasilan Utama Negara.
d.    mengetahui Rancangan Malaysia ke-10.
e.    mengetahui Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
f.    mengetahui konsep amalan 5S Jabatan Perkhidmatan Awam.
g.    mengetahui konsep integriti.
h.    mengetahui program latihan khidmat negara.
i.    mengetahui isu-isu seperti;
i.    pengambilan guru sandaran tidak terlatih.
ii.    krisis pelajar Malaysia di Mesir.
iii.    kematian Osama bin Laden.
iv.    bantahan Cuepacs terhadap Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam.
v.    Singapura - Johor. (stesen kereta api)

Calon perlu mencari, mengumpul, menganalisis, dan menilai isu-isu/peristiwa-peristiwa penting pada tahun 2011 secara menyeluruh.

Calon juga perlu membaca dan meneliti isu-isu utama/penting dalam mana-mana akhbar dua minggu sebelum hari temuduga. (termasuk akhbar pada hari temuduga calon, jika perlu)


16.    Soalan yang berkaitan dengan buku rekod pengajaran guru.

Calon perlu;
a.    mengetahui tatasusila profesion keguruan.
b.    mengetahui peraturan-peraturan pendidikan (kurikulum kebangsaan) 1997.
c.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1999 - penyediaan rekod pengajaran dan pembelajaran.
d.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 4/1986 - panitia mata pelajaran.
e.    mengetahui kandungan surat pekeliling ikhtisas, bil. 3/1987 - penyeliaan pengajaran-pengajaran di dalam kelas oleh pengetua/guru besar sekolah.
f.    mengetahui kandungan yang terdapat di dalam buku rekod pengajaran guru, seperti;
i.    maklumat pengajaran dan pembelajaran.
ii.    maklumat diri guru.
iii.    jadual waktu.
iv.    senarai buku teks.
v.    senarai buku rujukan.
vi.    penulisan rancangan pengajaran tahunan.
vii.    takwim tahunan. (sekolah)
viii.    rancangan pelajaran tahunan.
ix.    format penulisan buku rekod.
x.    rancangan pelajaran harian.
xi.    rekod pemberian kerja murid.
xii.    rekod prestasi mata pelajaran.
xiii.    rekod prestasi peperiksaan.
xiv.    borang headcount 3.
xv.    senarai tugas.
xvi.    penyeliaan/pertemuan/perbincangan profesional.
xvii.    catatan.
g.    mengetahui format penulisan rancangan mengajar tahunan.
h.    mengetahui format penulisan rancangan mengajar harian.
i.    mengetahui konsep set induksi dan konsep refleksi.


17.    Soalan yang berkaitan dengan sukatan pelajaran (berdasarkan major/minor calon.)

Calon perlu;
a.    mengetahui matlamat kurikulum.
b.    mengetahui objektif kurikulum.
c.    mengetahui organisasi kandungan kurikulum.
d.    mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e.    mengetahui kandungan/topik mata pelajaran.
f.    mengetahui huraian sukatan pelajaran.


18.    Soalan yang berkaitan dengan teori pengajaran dan pembelajaran serta pedagogi.

Calon perlu;
a.    mengetahui konsep pengajaran dan pembelajaran.
b.    mengetahui teori-teori pengajaran dan pembelajaran.
c.    mengetahui model-model pengajaran dan pembelajaran.
d.    mengetahui strategi pengajaran dan pembelajaran.
e.    mengetahui konsep taksonomi Bloom.
f.    mengetahui konsep pedagogi dan strategi pedagogi seperti;
i.    definisi pedagogi.
ii.    perbezaan antara pedagogi dengan andragogi.
iii.    pendekatan pengajaran.
iv.    kaedah dan teknik pengajaran.
v.    model reka bentuk pengajaran.
g.    mengetahui strategi pengurusan bilik darjah.


19.    Soalan yang berkaitan dengan pengetahuan calon terhadap major dan minor masing-masing.


20.    Calon diminta untuk melakukan amali pengajaran. (mikroteaching)




+   Sumber: Pengalaman temuduga calon-calon pegawai perkhidmatan pendidikan DG41 yang dicari, dikumpul, dianalisis, disenaraipendekkan, dan dinilai. Selain itu juga soalan ramalan adalah berdasarkan imaginasi peramal. 

+   Anda digalakkan untuk mencari jawapan bagi kesemua soalan di atas. Sekiranya tidak mampu, pilih salah satu.

+   Note ini akan sentiasa dikemaskini sehingga 5hb Januari. 2011. Oleh itu sekiranya terdapat sebarang cadangan penambahbaikan atau penambahan soalan, sila kemukakan pada ruangan komen di bawah.

+   Anda digalakkan untuk share nota ini kepada rakan facebook lain yang berkenaan.

Sharing is Caring.

Oleh Erhan Jumatil - good luck.

Realiti cinta ALLAH dan cinta MANUSIA

Bismillah.... 

Menarik untuk dikongsi, realiti cinta...hheheh..kita sanggup berkorban demi cinta, sanggup lakukan apa sahaja demi cinta.
Mark Twain cakap :
"Cinta bukan kepercayaan tanpa bukti, tetapi kepercayaan tanpa syarat" 
Apakah maksudnya?
kita percaya pade si dia, walaupun kita sudah tahu si dia bukan yang terbaik untuk kita...
Dan...
Kepercayaan itu diletakkan kerana CINTA.
Tetapi...
Jika kita CINTAI ALLAH kita akan dapat kesan tanda-tandanya...
Jika kita CINTAI ALLAH kita akan patuh suruhannya... 
Itulah bukti cinta..
Berkorban apa sahaja demi kekasih, berkorban apa sahaja demi ALLAH...
Ada satu kisah tentang seorang raja disebuah negeri yang sudah terlalu tua dan mempunyai 4 orang isteri. Dia memanggil keempat-empat isterinya dan bertanya. 
"Siapa yang akan menemaninya di dalam kubur nanti?" 
APAKAH JAWAPAN ISTERI-ISTERINYA?
ISTERI 4 : TIDAK
ISTERI 3 : MAAFKAN SAYA, SAYA AKAN TEMANKAN KAMU DI ATAS KUBURAN SAHAJA
ISTERI 2 : SAYA AKAN KAHWIN LAIN SELEPAS KAMU MATI
ISTERI 1 : BANGUN DAN BERSETUJU UNTUK MENEMANINYA SEHINGGA KE DALAM KUBUR..

INI SEMUA DILAKUKAN DEMI 1 PERKATAAN YANG MENGANDUNGI 5 HURUF....
C _ _ _ _

kalau cinta kita kerana ALLAH? kita sudah pasti sanggup beperang di jalan ALLAH..

SAMA-SAMALAH KITA MENCINTAI ALLAH, DAN CINTAILAH PASANGANMU SEKADARNYA..KERAN CINTAI ALLAH LEBIH MUDAH BERBANDING CINTAI MANUSIA, ALLAH TIDAK MAHUKAN HARTA, BAHKAN BERIKAN REZEKI LAGI..DAN KITA DITUNTUT UNTUK MEMINTA LAGI KEPADA ALLAH.

Menurut Dr. Norman V. Paele, 
"DOA ADALAH KEKUATAN TERBESAR DALAM MEMECAHKAN MASALAH PERIBADI SESEORANG. ADA KEKUATAN DAHSYAT YANG TERKANDUNG DALAM DOA"

Jadi kepada mereka yang mencintai ALLAH sentiasa berada dalam kesejahteraan hidup kerana KEKASIH HATI sentiasa bersedia mengabulkan segala permintaannya. 
OLEH ITU....

TADAHKAN TANGAN DAN UCAPLAH :
AKU CINTA PADAMU YA ALLAH...
SEMOGA KITA TERGOLONG DALAM KALANGAN HAMBA YANG DICINTAI OLEH-NYA...AMIN....
(ringkasan dari pembacaan, untuk dikongsi bersama...)
 
Sebelum mengakhiri jom tadah tangan dan berdoa bersama-sama :
"Ya Allah,sekiranya aku jatuh cinta. Maka jatuhkanlah cintaku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, Agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu"

sekian...

Monday, January 2, 2012

GIVE & TAKE antara Hamba dan Pencipta

 Bismillah..
Saya baru sahaja membeli sebuah buku yang sangat menarik untuk saya kongsikan. Buku ni berkaitan dengan hamba dan penciptanya. Baru sahaja selesai bahagian pertama buku ini sudah membuatkan saya tertarik untuk menghabiskan pembacaan saya. Penulisannya yang sangat santai itulah penyebab utama saya jatuh hati kepada buku ini. Pertama kali melihat cover buku ini dan melihat siapa penulisnya, terus saya ambil dari rak dan membayarnya di kaunter. 



Hubungan antara hamba dan pencipta merupakan hubungan tertinggi yang asasnya adalah akidah. Hamba yang memahami hubungan ini akan meemliharanya agar ianya berterusan sehingga hembusan nafas yang terakhir. Andaikata kita mengatakan mencintai hubungan ini, adakah kita sudah membuktikannya. Pembuktian ini tidak cukup sekadar di mulut sahaja melainkan harus dibuktikan dengan tindakan. Sudahkah tindakan kita membuktikan kita mencintai Allah?

Bukan sebagai makhluk kita harus mengenal siapa pencipta? Amat pelik jika hamba yang tidak mengenali penciptanya. Sebagai hamba, selayaknya mengabdikan diri sepenuh hati mendedikasikan diri dengan penuh cinta, supaya hubungan yanga da antara hamba dan pencipta terjalin dengan mesra seperti sepasang kekasih.

(NurulAin Ahmad, sedang menuntut di IPG Tengku Ampuan Afzan dalam bidang Ijazah Perguruan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab)

Diharap semua dapat membacanya. Memang terbaik buku ini. Kita akan lebih mengenali siapa ALLAH...

2011-2012


Bismillah....
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, saya diberi peluang untuk tinggal dan berpijak di bumi Allah yang serba indah ini. Alhamdulillah....Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi-tinggi terima kasih kepada petandang-petandang, pembaca-pembaca yang HEBAT yang sedang mengintai di blog saya. Terima kasih saya ucapkan sekali lagi....


2011 meninggalkan kita dengan 1000 memori. Pelbagai perkara yang berlaku di tahun 2011, ada duka, ada suka dan macam-macam perasaan yang tidak boleh digambarkan. Hanya mana-mana memori yang indah akan terus dikenang memori indah itu, dan memori yang mengguris sisi kehidupan kita, diharapkan menjadi suatu ikhtibar bagi meningkatkan lagi kepada yang lebih baik. Dari sisi hidup saya di tahun 2011 banyak yang indah-indah dari yang tidak indah....

Permulaan 2011 dimulakan dengan penuh semangat untuk menjadi guru pelatih di SMK Bagan Terap, Sg. Besar, Selangor. Hampir empat bulan saya di sana menimbul pelbagai pengalaman bagaimana persediaan menjadi seorang guru kelak. Suka duka semuanya sangat manis jika dikenangkan, saat-saat dipanggil cikgu, membantu cikgu-cikgu di sekolah itu dalam segala hal. Terima kasih guru-guru di SMKBT tidak lupa juga, rakan-rakan seperjuangan yang menjadi guru pelatih bersama. Pengalaman bergelar seorang guru tidak sama sekali dilupakan. Kala ini terlalu rindu akan suasana persekolahan, terkenangkan pelajar-pelajar. Dan yang lebih rindu adalah suasana di Sg. Besar. Dengan sawah padinya, angin pantai berlumpurnya, dengan adik-adik anak jiran, jiran yang baik sekali.... Semuanya akan terpahat diingatan yang paling indah sekali...

Setelah Sg. Besar ditinggalkan, saya kembali ke kampung, di FELDA JENGKA 22. Inilah tanah tumpah darahku, saya dilahirkan di sini. selama dua bulan tidak buat apa-apa sambil menunggu hendak konvo. Penghujung bulan Julai, saya menerima Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Geografi dengan Kepujian. Terima Kasih ya Allah atas anugerah ini. Inilah hasilnya setelah belajar selama hampir empat tahun di UPSI. Rindu benar pada UPSI..dan paling rindu adalah empat sahabatku yang paling hebat, paling baik, dan paling saya sayang....JANNA, NISA', FIFI, ILAL...saya rindu kalian semua. Alhamdulillah saya telah menamatkan pelajaran saya, impian ingin menjadi seorang guru semakin hampir.

Namun, tunggu dan terus tunggu panggilan temuduga juga tidak dipanggil. sehingga la ke hari ini. Walaupun menduka citakan tetapi saya kuatkan hati, saya percaya, janji Allah itu pasti, insyaallah saya akan posting juga tidak lama lagi. Pelbagai berita saya dengar mengenai posting. Tapi tidak mengapalah sementara menunggu saya membantu abah berniaga di pasar malam, maka terisilah masa luang yang ada itu. Untuk mencari kerja lain, belum terfikir di kepala ini. Tetapi dua bulan lepas ada juga mohon guru ganti, tetapi masih tidak ada jawapan. Tak apa berniaga pun ok. Abah pun beri gaji. ha. terbaru yang saya dengar insyaallah saya akan diinterview pada bulan ini juga dan postingnya bulan tiga. Diharapkan berita ini betul dan sudah tentu saya akan gembira. Terima kasih ya Allah atas rahmat-Mu..Terimalah permintaan hambamu ini....

2012 telah menjelma. Azam baru? saya jarang membina azam sebenarnya. Cuma sentiasa menginginkan kehidupan yang lebih sempurna dari yang ada, membuat suatu perubahan bagi meningkatkan kualiti kehidupan. Itu sahaja, di samping menggembirakan abah, mak, angah dan adik-adik diharapkan perjalanan hidup kami di muka bumi Allah ini diberkati-Nya. Insyaallah. Namun terlintas di fikiran azam baru 2012. Apa ya? sudah tentu ingin posting cepat!!!!dan menjadi seorang guru yang betul-betul seorang guru. Sayalah guru, guru arkitek bangsa....

SELAMAT DATANG 2012...